MAHA 2022 | Semarak Uniti Keluarga Malaysia pupuk semangat perpaduan

2022-09-21 5

Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program yang berlangsung bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.